Thursday, December 21, 2006

Gusi Bengkak + Pre-pro VCD

peritnya bila sakit gusi bengkak nie.. denyut tak ingat.. kepala leh stim hehehe.. dah la tgh pre-pro utk next job.. seksanya la.. rasanya bila dah elok, nak kene lagi lah.. hehehehe.. skg nie busy sket dgn pre-pro utk VCD yg akan memulakan penggambaran disekitar kepong,KL dan juga tenom, Sabah.. insyallah if takde aral melintang, 24hb disember nie bermula shooting day yg pertama.. ;)

Sunday, December 17, 2006

Kiss.FM 2002 Logo

kiss.fm logo 2002

tetiba teringat plak pada kawan² lama masa dulu.. semuanya dah berjaya ye.. logo nie dicipta oleh sOwhat yg time tu jadi webmaster utk #radio webchat.. kenangan nie.. mana korang seme ha..

Kenapa..?

tetiba aku rasa bosan plak.. sedar tak sedar dah dekat 2 bulan lebih aku tak buat ape² job.. aritu dah nyaris ikut job tapi sbb kesihatan yg tak mengizinkan, kene la kasi orang lain.. rasa mcm tak cergas je kesihatan sekarang.. kenapa ye? entah aku pon tatau..

Saturday, December 16, 2006

New..

Gambar Hiasan : Saya Bukan Cameraman.. Action Jer Nie Hehehe

assalamualaikum kengkawan semua..
aku dah delete blog² aku yg lama sbb terlalu berat dan menyebabkan aku tension je hehehe..
jadi skg nie aku start dgn yg baru.. so kepada kengkawan yg slalu dok baca kat blog aku nie.. sorrylah yer.. 2007 menjanjikan pelbagai lagi cerita² panas.. kekeke.. apa² pun terima kasih kepada semua..

Di Sebalik Tabir "Jangan Pandang Belakang

Jangan Pandang Belakang Snapshot
Jangan Pandang Belakang Snapshot
Jangan Pandang Belakang Snapshot

Horror Movie : Jangan Pandang Belakang



Horror Movie : Jangan Pandang Belakang
Metrowealth Movies Production

aku nak kongsi dgn kengkawan movie terakhir yg aku terlibat.. nak kata seram, masa pembikinan je dah mcm² kejadian yg terjadi.. tapi citer nie okay.. nantikan kemunculannya 2007 nanti.. filem nie diarahkan oleh Ahmad Idham dan dilakonlah oleh Pierre Andre, Intan Ladyana, Khatijah Tan, Rusminah Sidek, Jalaluddin Hassan & Rio Elani.. penggambaran dijalankan di sekitar kuala kangsar dan juga di kuala lumpur..

aku nak ucapkan terima kasih kepada kengkawan aku yg terlibat sama dalam pembikinan movie nie sbb aku mendapat kerjasama yg baik semasa penggambaran berlangsung.. dikendalikan oleh pengarah fotografi malaysia, Abg Indera Che Muda dan krew² teknikal yg berpengalaman menjadikan cerita nie antara cerita yg aku kategorikan sebagai cerita wajib tonton utk tahun depan..


hurm.. dlm byk² movie/drama yg aku terlibat tahun nie, movie nie bebetul buat aku teruja.. sbbnya byk halangan mental/fizikal ketika penggambaran movie nie.. mula² diganggu ketika di kuala kangsar, selepas tu krew² kene histeria.. camera problem dan last skali meragut nyawa rakan yg selama nie banyak membantu dlm menjayakan aksi² "stunt" dlm drama/movie.. filem yg diarahkan oleh Ahmad Idham terbitan Metrowealth nie bebetul teruja laa.. tapi apa² pun kene kuat semangat sbb aku nak lama dalam industri nie.. perkara² mcm nie menjadi pengajaran dan ikhtibar penuh keinsafan.. bila teringat pengalaman kali nie, rasa seram dan takut pun ada..

anyway, apapun segalanya harus diteruskan seperti biasa..

walau apa pun yang terjadi, sesekali pun JANGAN PANDANG BELAKANG kerana apabila yang mati bertemu yang hidup, segala kemungkinan pasti akan berlaku!

Bye² 2006 ..

wetland, putrajaya

ahaha sedar tak sedar 2006 dah nak sampai ke penghujungnya.. aku plak dok mencongak apa yg aku buat sepanjang 2006 nie.. awal tahun sampai la sebelum bulan pose aritu mmg sibuk dgn shooting dgn mcm² production.. alhamdulillah, sebelum 2006 melabuhkan tirainya, aku dapat last job utk this year.. nanti aku citer dgn korang apa yg aku buat sepanjang 2006.. keperitan, kesedihan, penderitaan.. hehehe.. taking care..!!