Saturday, December 16, 2006

Horror Movie : Jangan Pandang Belakang



Horror Movie : Jangan Pandang Belakang
Metrowealth Movies Production

aku nak kongsi dgn kengkawan movie terakhir yg aku terlibat.. nak kata seram, masa pembikinan je dah mcm² kejadian yg terjadi.. tapi citer nie okay.. nantikan kemunculannya 2007 nanti.. filem nie diarahkan oleh Ahmad Idham dan dilakonlah oleh Pierre Andre, Intan Ladyana, Khatijah Tan, Rusminah Sidek, Jalaluddin Hassan & Rio Elani.. penggambaran dijalankan di sekitar kuala kangsar dan juga di kuala lumpur..

aku nak ucapkan terima kasih kepada kengkawan aku yg terlibat sama dalam pembikinan movie nie sbb aku mendapat kerjasama yg baik semasa penggambaran berlangsung.. dikendalikan oleh pengarah fotografi malaysia, Abg Indera Che Muda dan krew² teknikal yg berpengalaman menjadikan cerita nie antara cerita yg aku kategorikan sebagai cerita wajib tonton utk tahun depan..


hurm.. dlm byk² movie/drama yg aku terlibat tahun nie, movie nie bebetul buat aku teruja.. sbbnya byk halangan mental/fizikal ketika penggambaran movie nie.. mula² diganggu ketika di kuala kangsar, selepas tu krew² kene histeria.. camera problem dan last skali meragut nyawa rakan yg selama nie banyak membantu dlm menjayakan aksi² "stunt" dlm drama/movie.. filem yg diarahkan oleh Ahmad Idham terbitan Metrowealth nie bebetul teruja laa.. tapi apa² pun kene kuat semangat sbb aku nak lama dalam industri nie.. perkara² mcm nie menjadi pengajaran dan ikhtibar penuh keinsafan.. bila teringat pengalaman kali nie, rasa seram dan takut pun ada..

anyway, apapun segalanya harus diteruskan seperti biasa..

walau apa pun yang terjadi, sesekali pun JANGAN PANDANG BELAKANG kerana apabila yang mati bertemu yang hidup, segala kemungkinan pasti akan berlaku!

No comments: