Sunday, August 21, 2011

21 Hari Berpuasa..

salam guys..today dah masuk 21 ramadhan.. 10 malam terakhir mencari malam lailatul qadar.. semalam dah settle editing Impian Raya Emelyn yg terakhir.. done for IRE.. tunggu nak tayang je next week.. oklah.. nak sahur dulu.. wassalam..  


Wednesday, August 10, 2011

Day 20 - Filem X @ Kota Damansara

assalamualaikum.. today cuaca hujan start dari keluar rumah lagi..
perjalanan agak slow ke lokasi sbb hujan..jalan licin..
today scene2 melibatkan Chloe with 5 talent n 1 oldtimer ;)

Friday, July 22, 2011

Day 2 - Filem X @ Lembah Jaya, Ampang

salam guys..2nd day di bukit belacan.. scene2 melibatkan Wanda dan anak2nya lakonan Nuremy..
break tghari utk solat jumaat.. cuaca agak panas.. keadaan dlm rumah mcm sauna.. Ya Allah, bagilah kekuatan utk kwn2 ku bekerja..

Thursday, July 21, 2011

Day 1 - Filem X @ Hulu Langat

salam guys..1st day shooting filem X di padang bola batu 14 hulu langat..
today scene melibatkan scene2 flashback antara Hafiz lakonan Pierre Andre dan Zai lakonan Diana Amir..
alhamdulillah berjalan lancar dan wrap jam 7.30 malam.. tq guys..

Wednesday, July 20, 2011

Pengarahan Filem Pertamaku - X

Assalamualaikum guys.. alhamdulillah,aku bersyukur kerana diberi peluang utk membuat penampilan karya pertama arahanku ke layar perak.. sesungguhnya peluang ini dinanti-nantikan selama nie.. terima kasih kepada MIG especially Mr.David Teo dan rakan2 yg selama nie nampak kebolehan dan keupayaan saya.. Insyallah, peluang ini tidak akan saya persiakan.. terimalah karya pertama saya ke layar perak - FILEM X

Barisan karyawan X

Pierre Andre
Intan Ladyana
Diana Amir
Nuremy
Ct Chubby
Chloe
Liyana

Director : Ollynn
Asst.Dir 1 : AG
Asst.Dir 2 : Amiro
Conty : Wan
Audio : Azhar
PM : Shahrul

Director of Photography : Wak Lue
Focus Puller : Mac
Gaffer : Zen
Grip : Tam

Monday, April 11, 2011

Sumpahan Kum-Kum

Assalamualaikum

Hari nie aku gi menziarahi kawan2 di Ijok..
Bob & team disana..
Semoga perjalanan mereka berjalan lancar tanpa gangguan..
Semoga Allah melindungi mereka semua..
AMIN!

Trailer Filem Senjakala 2011



Sebuah Filem Seram Ahmad Idham
Terbitan Excellent Pictures

Filem Senjakala memuatkan tema saka. Watak utamanya, Karlisa, adalah pewaris saka tanpa diketahui olehnya sendiri. Emak Karlisa, Puan Mazidah tidak mahu mewarisi saka yang dipelihara oleh Opah Maimun, nenek Karlisa dan emak kepada Puan Mazidah. AKibatnya, Opah Maimun sukar untuk menghembuskan nafas terakhir ketika nazak. Kerana kesian, ayah kepada Armand, Tuan Salleh, bertindak mengambil saka tersebut lalu memeliharanya. Ketika Tuan Salleh meninggal, saka warsan itu berpindah kepada Armand, anak lelaki Tuan Salleh. Armand jatuh cinta kepada Karlisa ketika Karlisa pulang ke kampung kerana dipanggil oleh suara misteri yang sering didengari olehnya. Suara yang memanggil-manggil Karlisa untuk balik ke kampung adalah suara milik saka dibawah jagaan Armand, simply kerana saka tersebut mahu kembali ke pangkuan waris tuan asalnya, iaitu Karlisa, cucu kepada Opah Maimun.

Trailer Filem Sekali Lagi



Filem Sekali lagi ini bergenre-kan romantik komedi gitu..auww..auww.Antara artis popular yang membintangi filem ini ialah Lisa Surihani,Mia Sara Nasuha dan Bront Palarae.

Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Segalanya terjawab dalam filem romantik indah ini.

Trailer Filem Kongsi 2011



Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.
ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.
ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.

Trailer Filem 321 Cinta



Apakah akan terjadi apabila nisbah perempuan lebih tinggi berbanding lelaki? Siti Aishah ataupun Sam (diana Amir) merupakan seorang perempuan yang berpewatakan kasar, tinggal bersama ayah dan adik tirinya selepas kematian ibu bapanya. Selepas beberapa kali bertukar universiti, Sam akhirnya memilih untuk melanjutkan pelajarannya bersama rakan baiknya Ayam (Pierre Andre). Di sana, Ayam memomokkan Sam dengan artikel tesisnya iaitu 'perempuan 37:1 lelaki, menyebabkan Sam rasa tak senang duduk dan mula mencari jalan unyuk mencari teman lelaki segera sebelum menjadi andartu. Sam secara tidak sengaja terlihat lelaki idaman remaja, Nazril (Farid Kamil) dan memutuskan utk memikat beliau. Malangnya Nazril tak berminat langsung dengan Sam dan rakannya, Ayam sendiri tidak menyokong usahanya itu. Namun ianya tidak mematahkan semangat Sam. Adakah Sam, seorang perempuan kasar dapat memikat hati Nazril? Nantikan filem 3, 2, 1 Cinta di pawagam berhampiran anda.

Sunday, March 20, 2011

Korban Kasih Abah

assalamualaikum

hari nie start 1 tele lagi.. alhamdulillah 3rd project aku..
terima kasih pada semua yang menyokong aku selama nie..
terdetiknya rasa hati bila buat story nie..
dulu masa arwah abah ada,aku x pernah nak fikir pasal pengorbanannya..
sekarang aku dah jadi abah..aku harap kawan2 dan jugaanak2 aku akan dpt pengajaran dari story nie.

Al-Fatihah untuk Mohamed Khadri B.Ahmad (Abah)

Friday, March 11, 2011

Telemovie Diari Suami 9 Bulan..

assalamualaikum..
hari nie shoot telemovie utk channel 9..
hope semuanya berjalan lancar, AMIN!

Wednesday, February 02, 2011

Lamanya Tak Singgah Sini..


assalamualaikum..
lamanya x menulis kat sini.. tetiba teringat plak kat sini..
dulu diruangan ini selalu aku tulis mcm2..
takpe, insyallah pas2 nie kalau ada masa mesti aku tulis apa2..
skrg nie tgh pre-pro filem bini2 ku gangster..
hope after shoot nanti dapat aku luangkan masa kat sini..
wassalam, take care..


Monday, January 17, 2011

JPBC The Series WRAP!

assalamualaikum

alhamdulillah, akhirnya wrap juga aku drama JPBCTS nie..
setelah bertungkus lumus hampir 3 bulan di hulu langat..
before JPBCTS, Siti Kelembai 2 bulan di hulu langat..
so campur semua sekali hampir 5 bulan aku di hulu langat bersama kawan2..
alhamdulillah, akhirnya abis jugak.. insyallah ada masa nanti leh masuk gambar2..
jumpa lagi, chow wassalam..