Monday, April 11, 2011
Trailer Filem Senjakala 2011
Sebuah Filem Seram Ahmad Idham
Terbitan Excellent Pictures
Filem Senjakala memuatkan tema saka. Watak utamanya, Karlisa, adalah pewaris saka tanpa diketahui olehnya sendiri. Emak Karlisa, Puan Mazidah tidak mahu mewarisi saka yang dipelihara oleh Opah Maimun, nenek Karlisa dan emak kepada Puan Mazidah. AKibatnya, Opah Maimun sukar untuk menghembuskan nafas terakhir ketika nazak. Kerana kesian, ayah kepada Armand, Tuan Salleh, bertindak mengambil saka tersebut lalu memeliharanya. Ketika Tuan Salleh meninggal, saka warsan itu berpindah kepada Armand, anak lelaki Tuan Salleh. Armand jatuh cinta kepada Karlisa ketika Karlisa pulang ke kampung kerana dipanggil oleh suara misteri yang sering didengari olehnya. Suara yang memanggil-manggil Karlisa untuk balik ke kampung adalah suara milik saka dibawah jagaan Armand, simply kerana saka tersebut mahu kembali ke pangkuan waris tuan asalnya, iaitu Karlisa, cucu kepada Opah Maimun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment