Saturday, March 24, 2007

Beli Kasut & Buskers @ BB Plaza

ari nie aku boring gile dok umah.. dok tengok TV yg ntahapehapentah.. tetiba deen call ajak gi BB Plaza.. katanya nak beli kasut.. so aku pon cargas la siap.. sampai kat BB Plaza, mula la acara masuk kedai keluar kedai mencari kasut yg sesuai.. dlm² mencari kasut, si fasha & kazar pon sedang cari kasut.. katanya utk FMI dekat kuantan.. dia main futsal.. cenggitu yer.. lepas beli kasut dlm pukul 7.30mlm cenggitu, aku teringat yg bart selalu busking dekat BB Plaza every saturday night.. so aku ajak deen gi kat Maybank luar tuh.. sangkaan yg begitu tepat, bart dan rakan² tgh prepare utk busking.. aku pon lepak dgn bart sambil tanya khabar.. pastu mula la diorang busking.. :D

Bart & Friends Busking @ BB Plaza

Bart & Friends Busking @ BB Plaza

Wednesday, March 21, 2007

Launching 'ADUH SALIHA'

minggu lepas aku dpt jemputan utk launching filem Aduh Saliha dekat Kelab Darul Ehsan, Shah Alam.. so aku dgn pali & lin pon pergi.. ramai gak orang yg datang.. aku sampai dah lewat 10 minit.. hehehe mie conggo, daim, mie sabah , malek loader dah ada kat sana.. artis² pon ramai yg dah sampai.. tetamu vip malam tu Datuk Rais Yatim yg merasmikan pelancaran filem Aduh Saliha.. aku nye table dgn kengkawan no 31, belakang sekali.. hehehe mementang la kami nie pekerja, dok belakang ye.. tapi takpela.. sekadar meramaikan majlis oklah tuh..

aku di meja 31 (belakang sekali) with daim & mie sabah.. lin amik gambar hikhikhik..

aku dgn bebudak crew & firz atas stage.. dah abis pon time nie..

sesi memperkenalkan pelakon² & juga pengarah utk filem Aduh Saliha..

para pelakon bergambar bersama V.I.P yg hadir..

Saturday, March 10, 2007

9 September The Movie



PLOT DESCRIPTION

9 September sebuah filem romantik komedi mengisahkan bagaimana Nia (Fasha Sandha) perempuan yang berperwatakan kasar dan ganas tetapi menpunyai wajah yang sangat comel ditinggalkan oleh kekasihnya. Sejak dari itu dia menyimpan dendam terhadap lelaki. Mangsanya adalah seorang lelaki bernama Kogi (Pierre Andre). Kogi seorang lelaki yang baik dan jujur. Dia dilihat sebagai seorang yang sangat senang dibuli oleh Nia.

Kali pertama mereka bertemu apabila Nia tersalah masuk ke rumah Kogi. Selepas itu banyak kebetulan mereka bertemu, walaupun Kogi selalu dibuli namun dia sentiasa menunjukkan sikap seorang lelaki sejati. Dia dilihat seperti ‘malaikat’ yang menjaga Nia dalam keadaan apa jua sekalipun. Lama kelamaan mereka seperti hampir jatuh cinta sesama sendiri sehinggalah satu hari Andrian, kekasih Nia kembali ke pangkuannya.
Tidak dapat dinafikan sebenarnya masih mencintai kekasih lamanya. Namun kasih sayangnya kali ini tidak setebal dulu. Nia kadang kala memikirkan Kogi. Begitu juga Kogi yang sentiasa mengalah kepada Nia. Sehinggalah pada satu hari, Nia terbang ke Tokyo mengikut kekasihnya ke sana selama setahun. Setelah pulang ke Malaysia, Nia terus mencari Kogi, namun gagal. Apabila Nia menemui Kogi, seseatu yang sangat mengejutkan telah berlaku dan sangat sukar diterima Nia.

Kogi terus membawa diri ke satu pulau terpencil di mana dia dan Kogi pernah terperangkap di sana. Nia terus mencari walaupun berita yang telah diterimanya itu sangat sukar ditelan. Apabila Nia mencari Kogi di pulau itu, peristiwa yang lebih mengejutkan telah berlaku. Peristiwa tersebut telah mengubah sepenuhnya kehidupan Nia. Sehingga Nia berkahwin dengan Andrian, Nia masih mencari Kogi. Apakah kesudahannya? Bersatukah Nia dan Kogi akhirnya? Segalanya hanya terjawab pada ‘9 SEPTEMBER”

Sebuah lagi kisah yang akan disingkap oleh Metrowealth Movies Production

with director, pierre andre a.k.a Kogi

playback time..

with d.o.p, icm & technical crew

salah satu scene nia & kogi dalam 9 September

salah satu scene nia & kogi "merempit" dalam 9 September

aduh..etex pon ada.. abislah..

Friday, March 09, 2007

Pembikinannya @ Pangkor - The Making Of 9 September

1st day shooting kitorg shoot dekat resort yg kitorg port iaitu TELUK DALAM RESORT PANGKOR.. shoot kat lobby dan chalet disitu.. petang plak shoot kat tepi pantai.. oklah amik mood shooting.. satu rumah ada 2 bilik.. 1 bilik ada 4 katil.. dah macam asrama tapi oklah best.. memula kitorg lepak kat teluk dalam resort, pastu kitorg lepak dekat teluk nipah plak.. kitorg hanya masuk pulau kosong (giam) hari yg ke 4 kat pangkor.. antara pic² shooting kat pangkor :-

aku with abg indra @ lobby teluk dalam resort.. scene kogi & nia baru sampai dari pulau kosong..


crane @ scene jln kg (osman kering)


after scene tepi pantai,amik gambar ramai²..



sheefa (2nd AD),Pierre (Director), Indra Che Muda (D.O.P) dan aku @ lokasi hutan tepi airport pangkor..

Akhirnya, Jeti Lumut - The Making Of 9 September

akhirnya, sampai jugak kitorg kat jeti lumut aritu.. van prop dan wardrobe selamat tiba di jeti lumut tapi sayangnya kitorg tak sempat naik kargo nak ke pangkor sebab dah petang.. jadi kitorg kene la naik feri jer dulu ke pangkor.. esok kene keluar amik van bawak naik kargo plak.. tapi takpe, yg penting semua selamat sampai.. dari kul 5.45am bertolak.. kul 4.30pm baru sampai jeti pangkor.. lama gile.. kitorg makan dulu kat food court situ sementara tunggu kak june (wardrobe) cari barang.. lin (wardrobe) sempat jumpa akak dia lagi kat jeti lumut.. si azri (making of) awal² lagi dah shopping seluar dan baju.. aku? aku dok snap gambar sambil berfikir.. fikir ape? adalah...kitorg terus naik feri kul 6pm ke pangkor..

sampai kat jeti lumut, lengkong & azrul belasah makan dan minum.. kengkonon cam tourist la tuh..


nie dalam feri duta pangkor.. ala tak best naik feri nie.. aku nak naik feri mesra.. leh lepak kat atas isap rokok..

Menuju Ke Pulau Pangkor - The Making Of 9 September

yehaaaa.. pulau pangkor.. lama tak gi siot.. kekeke kali ketiga gak pegi sini dan keadaan sana dah berubah gak la sikit.. tapi waktu gi recce aritu pon dah perasan yg keadaan di pangkor dah lain sket.. tapi art dept mengalami kemalangan ketika dlm perjalanan menuju ke jeti lumut dimana "van perang" kami telah terkena serpihan batu di depan van dan akhirnya "RETAK SERIBU" sebelum pecah ketika di bengkel.. alhamdulillah semua okay..

cermin inokom pecah berdekat persimpangan sg.buloh.. dugaan nasib..!


hehe melepak nampak? sian art dept..tgh tunggu bantuan sampai nie..