Friday, September 07, 2007

Aku Pulang..

Hari nie aku pulang ke KL.. abis je shoot kat Fraser Hill terus turun.. dlm kul 3am.. dlm keadaan mengantuk, aku turun gak konvoi dgn yg lain..

Insyallah, aku akan update blog secepat mungkin.. ada byk perkara yg boleh dikongsi..
Anyway, kepada kengkawan semua, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..

Friday, August 10, 2007

Filem I'm Not Single - Memulakan Penggambaran

Filem "I'm Not Single (Aku Bukan Bujang)" , filem kedua arahan pengarah muda, Pierre Andre memulakan penggambaran hari pertama di sekitar Ampang.. diperkuatkan dengan sinematografi terkenal, Abg Indra Che Muda, "mood shooting" outdoor di KDE & Graven Cafe Ampang.. antara yg terlibat utk filem kali nie diterajui oleh Farid Kamil, Lisa Surihani, Awal Ashaari & Intan Ladyana..

sebelum memulakan shooting, PM-Asey membaca doa..

antara artis yg terlibat pada awal pagi.. lisa surihani & awal ashaari..

kas, lengkong & zul (Art Dept) bekerja keras utk memastikan persiapan shooting berjalan dgn lancar.. (lengkong baling daun kering sambil kas tembak guna blower.. ehehks :)


masa Art Dept bekerja keras utk persiapan shooting, aku amik masa utk intai camera.. check framing la kononnya..

bukan ngorat, tapi memperkatakan sesuatu tentang pakaian kepada lisa.. ehehks..

aku dengan kas tengah tengok sesuatu.. "kita buat grafitti kat situ bagus jugak kan"..


kas, lengkong & zul pun memulakan acara "spray dinding" keh keh keh.. nak buat grafitti ler..

aku pun sama dok "belasah" dinding tuh.. grafitti la kononnya.. keh keh keh

dan inilah hasilnya.. grafitti "CINTA" ... ok ke? oklah tu dari takde.. penat gak..

Sunday, July 22, 2007

Happy Birthday Erin Malek @ Yow Chuan Plaza

aku menerima invitation from Erin Malek (pelakon Tentang Bulan) menghadiri party harijadi dia kat yow chuan plaza.. tak ramai yg hadir sekadar rakan² papa dan mama dia jer.. aku dgn kas sampai kul 8.30mlm.. hujan lebat plak tu.. sejuk giler.. antara pelakon cilik yg bakal menggemparkan industri perfileman malaysia.. tq atas invitation anda!

Erin before meniup & memotong kek..

with birthday girl, Erin.. tq

Kas mencelah ketika Erin menyanyi.. nak jugak! kekeke

Saturday, July 21, 2007

Iklan Lipton Pot Bag @ Taman Melawati

tgh syok tido, Nawan call ajak aku follow dia utk iklan lipton.. tak prepare apa² pun.. hanya bawak tools sendiri jer, aku gerak ke Melawati.. turut bersama dgn aku, Lin.. call time kul 1ptg.. shoot start kul 4ptg.. abis lewat malam.. ingatkan abis cepat.. tak dapat nak tengok "Love Is Cinta".. ampeh!



Lin,Storyboard & Teh Lipton

Friday, July 20, 2007

Preview Filem 9 September @ Metro Kajang

lepas abis dah mentedarah dekat Lemon Metropoint, kitorg gerak ke Metro Kajang plak utk menyaksikan preview filem 9 September.. dihadiri oleh orang² yg berkenaan sahaja.. tapi bleh tahan gak la.. ada dalam 30 orang termasuk pelakon² dan pengarah..

aku dgn Lin antara yg terawal masuk panggung.. tapi kitorg tak buat wayang pun.. sekadar cop tempat yg selesa utk tengok hikhikhik

pelakon & pengarah filem 9 Sept, Pierre Andre hadir bersama Khatijah Tan dan keluarga.. yg tengah tu tak tau la sape.. dgr orang cakap bakal heroin "Not Single".. dgr orang cakapla..

abg Indra dan Pierre sedang berbincang setelah selesai preview filem..lengkong pon ada? kekekeke

Wrap Party Filem Congkak @ Lemon Metropoint Kajang

aha.. bertempat di Restoran Lemon, Metropoint Kajang.. aku gi mentedarah dgn kas, lengkong & lin.. time nak kesana hujan plak tuh.. dah la letih baru lepas unload barang dekat metrowealth.. pastu siap bleh sesat naik Metro Plaza plak.. dah bayar parking.. pastu kene kuar balik pegi Metropoint plak.. lebih kurang kul 5.30pm kitorg sampai sana.. launching restoran pukul 2.30pm tapi kitorg dtg lewat.. so dah x brape ramai yg ada.. apa² pun, best la makanan kat situ.. sape dok kajang, leh la dtg skali skala.. jgn dtg slalu.. nanti boleh "muntah darah" (david yg cakap cenggitu)

baru lepas abis makan.. sembang petang bersama Kas & Lengkong sambil hisap rokok.. hikhikhik

with pengarah/pelakon idola aku, Afdlin Shauki.. turut hadir di Lemon..tapi nampak mcm x sihat je bro..

Lin with Erynne Eyrynna (watak Lisa dalam filem Congkak).. bagus budak nie.. boleh menang award nie..

Tuesday, July 17, 2007

Aku Pulang.. Ke KL !!

alhamdulillah, setelah 22 hari berjuang di Perlis, aku kembali ke Kuala Lumpur.. kat KL ada satu set lagi di Kampung Kemensah utk Opening Scene.. alhamdulillah, Opening Scene dapat dijayakan walaupun setup set tidak mencapai tahap yg memuaskan.. Insyallah, ada kesempatan aku akan upload gambar² sepanjang shooting di Perlis..

Seluruh Tenaga Kerja Filem "Congkak"

Saturday, June 23, 2007

Shooting Day "Congkak" @ Bukit Ayer, Perlis

hari pertama shooting di rumah banglo.. set bilik anak.. aku possing dgn prop anak patung yg digunakan oleh Lisa dlm filem nie..

"Inspirasi Teruja" oleh Pengarah Sinematografi terkenal, Abang Indra Che Muda..

Friday, June 22, 2007

Rumah Banglo, Bukit Ayer Resort @ Perlis

1st day aku di bukit ayer resort, perlis.. rumah banglo yg kosong telah sedia utk dipenuhkan oleh art department.. 1st day kitorg loading barang² masuk dalam rumah dulu.. so memang takde rupa rumah dah.. bersepah².. satu persatu kami susun atur perhiasan dan perabot yg diloading.. aku selaku Art Director dibantu oleh Kas selaku PropMaster dan Faizal & Zul sebagai PropMan, Alhamdulillah, perjalanan shooting berjalan dengan lancar..

1st day aku di lokasi rumah banglo.. pening jadi Art Director nie.. barang² kitorg je dah penuh satu rumah tu.. nak menyusunnya.. aduh!!!


dibantu oleh Kas selaku PropMaster, byk keje² Art Dept berjalan dgn lancar.. betapa bersepahnya set pada hari pertama kitorg sampai after loading barang..


nielah dia faizal & zul, 2 orang lagi orang kuat aku.. kuat ke miahaha.. penat betul setup set rumah kosong nie.. sungguh memenatkan..

Wednesday, June 20, 2007

Shooting Filem "Congkak" @ Bukit Ayer, Perlis

hari nie aku memulakan perjalanan ke perlis.. satu perjalanan yg panjang nie.. dah la naik van yg sarat dgn barang².. tapi singgah teluk intan dulu utk amik lagi sket barang prop.. so, dgn pemergian selama sebulan nie, maka tak dapatla saya nak update blog nie.. insyallah if selesai penggambaran nanti, saya akan update blog nie.. doakan kejayaan saya utk filem "Congkak" nie.. bunyi tajuk mcm biasa jer, tapi nie adalah satu lagi filem seram terbitan metrowealth yg akan diarahkan oleh ahmad idham.. dibantu dgn kepakaran sinematografi abg indra che muda, insyallah ianya akan menjadi lebih baik dari jangan pandang belakang insyallah.. jumpe lagi July nanti..

Poster Filem "Congkak" Masa Launching Bebaru Nie.. Nanti Ada Poster Lain Kot.. Nie Utk Launching Jer

Monday, June 04, 2007

Majlis Kesyukuran Tamat Penggambaran Filem 9 September

tadi aku pergi Cititel Hotel, sebelah Midvalley tu la.. ada Majlis Kesyukuran Tamat Penggambaran Filem 9 September.. ramai gak la wartawan hiburan & karyawan dtg ke majlis nie.. pelakon & krew yg terlibat pon ada gak yg datang tapi x semua la.. cuma aku ralat sket sbb tak periksa bateri kamera aku.. aku dapat snap 5 keping gambar je pastu kamera aku dah tak berfungsi :( .. pastu plak masa on the way tadi, hujan selebat-lebatnya.. dah la susah cari parking.. gambar yg aku amik pon x brape nak ok.. tapi boleh la..

antara wartawan hiburan & karyawan yg hadir..

Trailer terbaru 9 September dipertontonkan..

antara artis yg hadir.. Ahmad Idham, Fasha Sandha, Pierre Andre, David Teo & Pak Osman Kering..



Trailer 9 September

Sunday, May 27, 2007

Majlis Perkahwinan Ise & Ninie

hari nie ise & ninie kahwin.. so apalagi, konvoi time.. phyzzyx & keluarga.. bad & keluarga.. shalim, aku, hawa & lin satu kereta.. yg meriahnya majlis perkahwinan nie, aku dapat jumpa kengkawan yg sememangnya payah nak jumpe.. ada tu dah lama x jumpe.. so best la kan.. sape tak pegi mmglah rugi.. kepada ise dan ninie.. semoga berbahagia ke anak cucu.. ;)

gambar beramai² dgn ise & ninie..

bergambar dekat khemah makan plak..hehehe

hadiah dari kami :)

Thursday, May 24, 2007

Back From Away - 7 Days :)

assalamualaikum kengkawanku semua.. hehe aku kembali.. mcm "tora datang lagi" hehehe.. bukan aku kembali dari memana tapi PC aku ada problem la.. seminggu aku mencari sebabnya rupanya power supply dah xbleh guna.. so, semalam aku dgn bad iq2020 gi low yat.. so now dah kembali berwayar.. hehehe..

dalam bulan nie, kengkawan aku di iRC and YM dan juga komuniti KRFM mempromosikan Hulla Party II yg bakal berlangsung.. so pelbagai persiapan dibuat oleh kengkawanku.. dan lebih membanggakan, laman web KRFM berwajah baru dan memberi semangat baru kepada kengkawan utk meneruskan perjuangan dalam komuniti..

last week, cik eyra msg aku minta aku beberapa gambar lama2 KRFM.. so bila aku dah godek² PC, aku jumpa mcm2 gambar2 lama yg menimbulkan kenangan.. dari kuantan ke bukit jalil.. mcm2 kenangan @ KRFM.. sungguh indah disaat itu dan tak mungkin akan berulang lagi..

ItIk_Yg_KeJaM, iq2020, Ollynn & Goodfellas

Saturday, May 19, 2007

KRFM Hullaparty Registration Booth

KRFM Hullaparty Registration Booth @ KLCC.. sempat jugak aku datang petang tu walaupun before tu aku sibuk dgn meeting.. anyway, semoga perjalanan gathering nie lancar dan berjaya dgn baik.. terima kasih kepada semua yg mendaftar & menyokong kami sehingga kini.. antara yg hadir : phyzzyx & keluarga, yatie, cik`eyra, ana, shalim, hawa, farah & husband, aidie, yusry, tazmania & aku.. :)

antara yg hadir..

nie masa aku memula sampai.. sempat gak diorg snap..tq

with yUsry & Keith^HaiKaL

with CarlReezal & Keith^HaiKaL

with missmarybrown a.k.a cik`eyra

Tuesday, May 15, 2007

Setahun Yang Lalu

hampir setahun sudah berlalu, HullaParty I yg berlangsung di Glory Beach Resort.. dok susun² file dlm pc, terjumpa plak folder HullaParty I.. terkenang plak setahun yg lalu.. time tu semi final World Cup.. dlm penat² buat aktiviti siang hari, bangun plak pagi² utk tengok bola.. walaupun hanya 2 hari 1 malam tapi mmg seronok.. setahun berlalu, sekarang HullaParty II kembali dgn kelainan dan bermacam lagi aktiviti² yg memberikan kita 1000 mcm kenangan.. hehehe sape tak pegi mmglah rugi..

HullaParty I, Glory Beach Resort, Negeri Sembilan.. Nie Kira Macam Gambar Sekolah La Nie..

Santai Setelah BBQ... Ada Yang Takde Nie.. Mana Korang Gi..

aku, shalim, phyzzyx & carl reezal.. possing before chow..

with Lin.. ehem..!!

Saturday, May 12, 2007

Silverchair - Miss You Love

* Right Click & Save As Untuk Download Lagu Nie *

Millionaire say

Got a big shot deal
And thrown it all away but
But Im not too sure
How Im supposed to feel
Or what Im supposed to say

But Im not, not sure,
Not too sure how it feels
To handle every day
And I miss you love

Make room for the prey
cause Im coming in
With what I wanna say but
Its gonna hurt
And I love the pain
A breeding ground for hate but...

Im not, not sure,
Not too sure how it feels
To handle everyday
Like the one that just past
In the crowds of all the people

Remember today
Ive no respect for you
And I miss you love
And I miss use love

I love the way you love
But I hate the way
Im supposed to love you back

Its just a fad
Part of the teenage angst brigade and
Im not, not sure,
Not too sure how it feels
To handle everyday
Like the one that just past
In the crowds of all the people

Remember today
Ive no respect for you
And I miss you love
And I miss use love

Remember two days
Ive no respect for you
And I miss you love
And I miss use love

I love the way you love
But I hate the way
Im supposed to love you back

Wednesday, May 02, 2007

"Cari" For Slot Cerekarama TV3

ari nie aku memulakan penggambaran telemovie utk Suhan Movies (Rosyam punya) yg bertajuk 'Cari' utk slot Cerekarama.. diarahkan oleh Ismail Yaacob dan penggambaran dijalankan disekitar kuala lumpur jer.. antara pelakon² yg menjayakannya Dato' Rahim Razali, Zizie Ezzete, Eizlan Yusuf, Faizal Hussein & Lyana Jasmay (Castello)..
Sebuah telemovie menarik.. mesti tengok nie.. treatment filem citer nie.. slot cerekarama TV3.. tak tau la bila tayang.. maybe ujung bulan kot..

Cameraman, Acak & Me (Propmaster)

Dato' Rahim Razali as Mazlan & Lyana Jasmay as Tika

Zizie Ezzete as Lina & Eizlan Yusuf as Farid

Faizal Hussien as Adam & Director Ismail Yaacob fdam