Monday, April 11, 2011

Sumpahan Kum-Kum

Assalamualaikum

Hari nie aku gi menziarahi kawan2 di Ijok..
Bob & team disana..
Semoga perjalanan mereka berjalan lancar tanpa gangguan..
Semoga Allah melindungi mereka semua..
AMIN!

Trailer Filem Senjakala 2011



Sebuah Filem Seram Ahmad Idham
Terbitan Excellent Pictures

Filem Senjakala memuatkan tema saka. Watak utamanya, Karlisa, adalah pewaris saka tanpa diketahui olehnya sendiri. Emak Karlisa, Puan Mazidah tidak mahu mewarisi saka yang dipelihara oleh Opah Maimun, nenek Karlisa dan emak kepada Puan Mazidah. AKibatnya, Opah Maimun sukar untuk menghembuskan nafas terakhir ketika nazak. Kerana kesian, ayah kepada Armand, Tuan Salleh, bertindak mengambil saka tersebut lalu memeliharanya. Ketika Tuan Salleh meninggal, saka warsan itu berpindah kepada Armand, anak lelaki Tuan Salleh. Armand jatuh cinta kepada Karlisa ketika Karlisa pulang ke kampung kerana dipanggil oleh suara misteri yang sering didengari olehnya. Suara yang memanggil-manggil Karlisa untuk balik ke kampung adalah suara milik saka dibawah jagaan Armand, simply kerana saka tersebut mahu kembali ke pangkuan waris tuan asalnya, iaitu Karlisa, cucu kepada Opah Maimun.

Trailer Filem Sekali Lagi



Filem Sekali lagi ini bergenre-kan romantik komedi gitu..auww..auww.Antara artis popular yang membintangi filem ini ialah Lisa Surihani,Mia Sara Nasuha dan Bront Palarae.

Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Segalanya terjawab dalam filem romantik indah ini.

Trailer Filem Kongsi 2011



Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.
ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.
ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.

Trailer Filem 321 Cinta



Apakah akan terjadi apabila nisbah perempuan lebih tinggi berbanding lelaki? Siti Aishah ataupun Sam (diana Amir) merupakan seorang perempuan yang berpewatakan kasar, tinggal bersama ayah dan adik tirinya selepas kematian ibu bapanya. Selepas beberapa kali bertukar universiti, Sam akhirnya memilih untuk melanjutkan pelajarannya bersama rakan baiknya Ayam (Pierre Andre). Di sana, Ayam memomokkan Sam dengan artikel tesisnya iaitu 'perempuan 37:1 lelaki, menyebabkan Sam rasa tak senang duduk dan mula mencari jalan unyuk mencari teman lelaki segera sebelum menjadi andartu. Sam secara tidak sengaja terlihat lelaki idaman remaja, Nazril (Farid Kamil) dan memutuskan utk memikat beliau. Malangnya Nazril tak berminat langsung dengan Sam dan rakannya, Ayam sendiri tidak menyokong usahanya itu. Namun ianya tidak mematahkan semangat Sam. Adakah Sam, seorang perempuan kasar dapat memikat hati Nazril? Nantikan filem 3, 2, 1 Cinta di pawagam berhampiran anda.