Saturday, March 10, 2007

9 September The Movie



PLOT DESCRIPTION

9 September sebuah filem romantik komedi mengisahkan bagaimana Nia (Fasha Sandha) perempuan yang berperwatakan kasar dan ganas tetapi menpunyai wajah yang sangat comel ditinggalkan oleh kekasihnya. Sejak dari itu dia menyimpan dendam terhadap lelaki. Mangsanya adalah seorang lelaki bernama Kogi (Pierre Andre). Kogi seorang lelaki yang baik dan jujur. Dia dilihat sebagai seorang yang sangat senang dibuli oleh Nia.

Kali pertama mereka bertemu apabila Nia tersalah masuk ke rumah Kogi. Selepas itu banyak kebetulan mereka bertemu, walaupun Kogi selalu dibuli namun dia sentiasa menunjukkan sikap seorang lelaki sejati. Dia dilihat seperti ‘malaikat’ yang menjaga Nia dalam keadaan apa jua sekalipun. Lama kelamaan mereka seperti hampir jatuh cinta sesama sendiri sehinggalah satu hari Andrian, kekasih Nia kembali ke pangkuannya.
Tidak dapat dinafikan sebenarnya masih mencintai kekasih lamanya. Namun kasih sayangnya kali ini tidak setebal dulu. Nia kadang kala memikirkan Kogi. Begitu juga Kogi yang sentiasa mengalah kepada Nia. Sehinggalah pada satu hari, Nia terbang ke Tokyo mengikut kekasihnya ke sana selama setahun. Setelah pulang ke Malaysia, Nia terus mencari Kogi, namun gagal. Apabila Nia menemui Kogi, seseatu yang sangat mengejutkan telah berlaku dan sangat sukar diterima Nia.

Kogi terus membawa diri ke satu pulau terpencil di mana dia dan Kogi pernah terperangkap di sana. Nia terus mencari walaupun berita yang telah diterimanya itu sangat sukar ditelan. Apabila Nia mencari Kogi di pulau itu, peristiwa yang lebih mengejutkan telah berlaku. Peristiwa tersebut telah mengubah sepenuhnya kehidupan Nia. Sehingga Nia berkahwin dengan Andrian, Nia masih mencari Kogi. Apakah kesudahannya? Bersatukah Nia dan Kogi akhirnya? Segalanya hanya terjawab pada ‘9 SEPTEMBER”

Sebuah lagi kisah yang akan disingkap oleh Metrowealth Movies Production

with director, pierre andre a.k.a Kogi

playback time..

with d.o.p, icm & technical crew

salah satu scene nia & kogi dalam 9 September

salah satu scene nia & kogi "merempit" dalam 9 September

aduh..etex pon ada.. abislah..

No comments: